Monday, October 18, 2010

DEFINISI

definisi 1 malaysia
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kitaberfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masingmasing. “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkaraperkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat “dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hakrakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.
Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1Malaysia “Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

No comments:

Post a Comment